Kereta Sewa Kota Kinabalu

Kota Kinabalu Sabah merupakan antara tempat perlancongan yang wajib dilawati sekiranya anda bergelar pelancong yang datang dari luar negara mahupun dari dalam negara seperti dari Semenanjung Malaysia. Kawasan Kota Kinabalu ini sangatlah luas dan memerlukan beberapa hari sekiranya anda ingin berjalan-jalan ke tempat-tempat yang menarik yang ada di sekitar Kota Kinabalu Sabah. Rata-rata para pelancong mahupun pelawat yang datang ke sini kebiasaannya sudah mengambil pakej-pakej percutian daripada agensi travel & tour di tempat mereka dan ada juga yang datang ke sini secara bersendirian dan sebagainya. Oleh itu, bagi melancarkan perjalanan percutian di Kota Kinabalu ini, para pelancong semestinya mengambil atau menyewa kenderaan untuk kemudahan pengangkutan mereka. DNZ Car Rental adalah syarikat kereta sewa kota kinabalu dan beroperasi di sekitar Kota Kinabalu.  Menawarkan perkhidmatan kereta sewa dengan harga murah dan berpatutan sesuai dengan keadaan kereta sewa yang cukup optimum dari segi kondisi kereta, keselesaan, kebersihan, keselamatan dan juga prestasi kereta yang cemerlang.

 

 

 

 

 

 

 

 

Apabila tiba di Kota Kinabalu bagi tujuan kerja / berkursus / melancong, sudah pasti pengangkutan merupakan perkara utama yang perlu diutamakan dahulu. Sebagai penyedia kereta sewa kota kinabalu, kami sedia memberikan perkhidmatan sewa kenderaan pelbagai jenis kepada pelanggan kami sama ada kereta berjenis kompak, sedan, MPV, van, SUV, 4x4 dan lain-lain mengikut sesuaian serta kehendak pelanggan. Model-model sewa kereta kami adalah terdiri daripada kereta-kereta berjenama Proton, Perodua, Toyota, Honda, Nissan seperti Axia, Saga, Bezza, Myvi, Vios, Honda City yang mana semuanya mempunyai kelebihan dari segi penjimatan penggunaan petrol, saiz kereta yang tidak terlalu besar memudahkan pemanduan anda di sekitar Kota Kinabalu.  Amat sesuai untuk anda yang memilih berada Kota Kinabalu untuk tempoh yang singkat secara individu, bersama teman rapat atau keluarga kecil.

 

Sebaliknya, jika anda travel bersama keluarga atau secara berkumpulan dan tujuan anda datang ke Kota Kinabalu adalah untuk bercuti, dicadangkan agar anda mencari kereta sewa dari jenis MPV atau Van.  Pernah beberapa kali kami mengalami situasi di mana pelanggan meminta upgrade kepada kenderaan lebih besar setelah kenderaan disewa pandu.  Amat penting sekali memastikan percutian anda tidak hilang mood disebabkan ruang kenderaan yang sempit dan ini adalah kesilapan besar bagi kaki shopping! Harga kereta sewa kota kinabalu murah dan berpatutan serendah RM100 sehari bagi yang menyewa 2 ke 3 hari. Selain menyewa secara harian, kami juga menyediakan sewaan kenderaan secara mingguan mahupun bulanan, tidak kira untuk tujuan pekerjaan, perniagaan, mahupun untuk tujuan percutian.  Anda akan pasti mendapat perkhidmatan sewa kereta yang murah di Kota Kinabalu, sama ada untuk tujuan peribadi atau untuk tujuan korporat semuanya mampu disediakan oleh syarikat kami. 

 

Bagi yang ingin ke Kota Kinabalu tetapi tidak pasti lokasi-lokasi terbaik untuk dikunjungi, jangan risau kami ada menyediakan perkhidmatan pemandu yang arif dengan tempat-tempat menarik dan wajib di kunjungi di Kota Kinabalu.  Ada di kalangan pelanggan kereta sewa kota kinabalu yang mempunyai masa terhad tetapi dalam masa yang sama mahu menikmati percutian yang terancang, sudah pasti kereta sewa bersama pemandu adalah pilih terbaik. Dan yang pasti pemandu dari DNZ Car Rental adalah berpengalaman, terbaik & peramah. Mereka ini mahir selok-belok jalan di sekitar Kota Kinabalu dan kawasan berhampiran dengannya. Oleh itu, masa terhad anda dapat digunakan dengan sepenuhnya dan yang pastinya percutian anda lebih bermakna walaupun mempunyai masa yang sangat terhad.

 

Kelebihan apabila menyewa kenderaan dengan DNZ Car Rental:

  1. Kereta baru.
  2. Kereta sewa dipastikan bersih sebelum diserahkan kepada pelanggan.
  3. Penyelenggaraan kereta sewa secara berkala dilakukan, jadi pelanggan-pelanggan tidak perlu risau sama sekali tentang penyelenggaraan kereta.
  4. Harga murah dan berpatutan.
  5. Perkhidmatan penghantaran kereta sewa secara percuma di KKIA & Kota Kinabalu sekiranya menyewa 2 hari ke atas.
  6. Perkhidmatan penghantaran kereta sewa dengan caj berpatutan jika di luar kawasan Kota Kinabalu.
  7. Diskaun untuk tempoh sewaan empat(4) hari ke atas.
  8. Antara syarikat kereta sewa kota kinabalu yang pentingkan mutu kualiti servisnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Data Carian Google Search Untuk Kereta Sewa Kota Kinabalu

 

Menurut data carian Google Search dan juga Google Partners untuk carian di Internet berkaitan sewa kereta di kota kinabalu, data menunjukkan antara 1000 – 10k carian bagi tempoh sebulan @ 30hari. Betul !!!. Ini bersamaan antara 40-60 carian yang dilakukan oleh pengguna internet dalam tempoh 1hari sahaja. Best kan bisnes sewa kereta ni??? Hampir ada saja setiap hari pelanggan diluar sana yang mencari kereta sewa kota kinabalu sebagai contoh. Ada antara mereka yang mengalami kerosakan kereta, roadtax dan cukai jalan tamat tempoh, kereta eksiden dan sebagainya. Selain itu, admin keretasewakotakinabalu.iklanbiz.com mendapati bahawa ramai dikalangan owner bisnes sewa kereta mahupun pengusaha sewa kereta yang menggunakan teknik pemasaran secara online seperti Google Ads, FB Ads, email marketing dan lain-lain lagi. Rata-rata menggunakan Google Ads iaitu satu platform pengiklanan online secara berbayar (paid to click) yang disediakan oleh pihak Google. Pengiklanan secara online ini amat berkesan bagi mereka diluar sana yang inginkan iklan bisnes mereka terpapar dengan cepat di 1st page Google tidak sampai 10minit sahaja. Akan tetapi ia dikira melalui setiap klik yang terhasil. Ada area yang kliknya mahal sehingga mencecah RM2.00 per klik. So bayangkan dalam sehari terdapat 20klik, jadi kos yang terpaksa ditanggung oleh owner sewa kereta adalah sebanyak RM40/hari. Mahal kannn???

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Google Ads Untuk Iklan Kereta Sewa Kota Kinabalu

 

Penggunaan Google Ads semakin popular pada masa kini, dulu ia dikenali sebagai ‘Google Awords’. Ia merupakan platform iklan berbayar yang diperkenalkan Google bagi membantu owner bisnes diluar sana untuk mempromosikan bisnes mereka melalui pengiklanan di enjin carian Google. Melalui platform Google Ads ini, owner bisnes mampu mengiklankan bisnes mereka di carian Google dengan hanya kurang dari 10minit sahaja tanpa perlunya ada kemahiran teknikal IT yang tinggi. Dengan hanya beberapa klik sahaja, iklan bisnes mereka akan muncul di 1st page Google. Google Ads ini dikira berdasarkan kepada konsep ’bid’ bagi sesebuah kata carian. Siapa yang ‘bid’ paling tinggi, iklan mereka akan berada di kedudukan teratas Google. Sebagai contoh, sekiranya owner kereta sewa A bid kata carian kereta sewa kota kinabalu lebih tinggi dari bid owner kereta sewa B, maka sudah tentu iklan kereta sewa owner A akan muncul di kedudukan yang teratas dalam carian Google. Jadi bila para pelanggan kereta sewa membuat carian di Google, sudah tentu mereka akan melihat iklan kereta sewa owner A terlebih dahulu, dan sales mungkin akan berlaku. Oleh itu, pemegang account Google Ads perlu membuat setting yang terbaik dan tepat bagi menghasilkan setiap klik yang berkualiti dan seterusnya dapat menjana sales bagi bagi bisnes kereta sewa mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Impak SEO Keatas Website Kereta Sewa Kota Kinabalu

 

Sebagai alternatif kepada Google Ads, SEO memainkan peranan yang penting di dalam enjin carian seperti Google dimana SEO ini berupaya meletakkan website / blog mahupun link FB sesuatu bisnes itu berada di ranking teratas Google. Dan ia juga merupakan salah satu teknik pemasaran online yang terbukti keberkesanannya dan mampu memberikan hasil yang lumayan kepada pemilik dan juga owner bisnes. Bagi owner bisnes sewa kereta khasnya bagi area Kota Kinabalu dan sekitar kawasannya, penggunaan teknik SEO keatas website / blog sewa kereta mereka mampu menjana pendapatan yang lumayan disebabkan website / blog bisnes mereka berada di ranking teratas Goolge. Sudah tentu para pelanggan yang mencari kereta sewa di enjin carian Google akan dapat melihat pautan link tersebut dan akan klik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang servis sewa kereta yang ditawarkan. Sebagai contoh sekiranya pelanggan mencari kereta sewa kota kinabalu di Google, sudah tentu mereka akan klik pautan yang teratas sekali. Akan tetapi teknik SEO ini mengambil tempoh yang agak lama dan pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan oleh webmaster jika ingin lihat website mereka berada di ranking teratas Google Malaysia ataupun di peringkat global. Kerja-kerja pengoptimaan website SEO ini akan dilakukan sekerap mungkin dan berterusan sekiranya ingin berada di ranking teratas carian Google. Sesudah website itu berada di ranking paling atas Google, sudah tentu ia akan menarik minat para pengguna untuk klik pautan link tersebut dan sedah pasti sales mungkin akan terjadi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Serendah RM60 Sehari

 

Setiap pengusaha kereta sewa mempunyai harga mereka yang tersendiri. Tidak semua pengusaha ataupun owner sewa kereta mempunyai spesifik harga, dan ianya juga bergantung atas budi bicara masing-masing. Akan tetapi, secara umumnya, semakin lama tempoh sewa sudah tentu semakin murah harga kereta yang disewanya. Rata-rata ada pengusaha kereta sewa kota kinabalu yang memaparkan harga sewa kereta mereka di platform-platform pengiklanan seperti di social media (facebook, twitter, instagram dll). Selain itu, ada juga dikalangan pengusaha kereta sewa mengiklankan bisnes sewa kereta mereka melalui forum-forum besar seperti Mudah.my, Lelong.com.my, Carousell.com dan sebagainya. Kelebihan menggunakan forum-forum seperti ini adalah kerana kebanyakkan forum ini mempunyai bilangan pengguna berdaftar yang tinggi jumlahnya dan turut mempunyai ruangan topik seperti pengiklanan servis / produk dan sebagainya. Berbalik kepada harga sewa kereta di kota kinabalu, kereta jenis kompak sering mendapat sambutan hangat bagi pengguna sewa kereta disebabkan ia kecil dan mudah untuk bergerak ke mana sahaja destinasi. Selain itu, ia jimat minyak dan juga cekap tenaga. Sebagai contoh, sewa kereta perodua Axia auto berharga RM120 sehari. Sekiranya pelanggan ingin menyewa dengan tempoh yang agak lama, katakan sebulan @ 30hari, sudah tentu pengusaha sewa kereta akan memberikan diskaun sehingga 50% bersamaan RM60/sehari.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Testimoni Pelanggan Kereta Sewa Kota Kinabalu

 

Rata-rata pelangan diluar sana yang telah mengambil perkhidmatan sewa kereta adalah kebanyakkannya merupakan penduduk di sekitar Kota Kinabalu dan kawasan di sekitarnya dan ada juga yang datang dari luar dan dalam negara. Kebanyakkan para pelanggan berpuas hati dengan servis sewa kereta yang ditawarkan dan pelbagai faktor yang mempengaruhi, antaranya ialah kereta sewa bersih dan kemas, kereta baru, harga berpatutan dan banyak lagi. Ini merupakan antara salah satu tujuan utama pengusaha kereta sewa kota kinabalu bagi mengembangkan lagi bisnes perkhidmatan sewa kereta menjelang tahun 2020. Objektif utama kami adalah untuk ingin menjadikan DNZ Car Rental sebagai syarikat pengusaha sewa kereta yang terulung di Kota Kinabalu khususnya dan juga Sabah secara amnya. Sejajar dengan Kota Kinabalu Sabah sebagai antara pusat tarikan pelancongan utama di Negeri Bawah Bayu ini, setidak-tidaknya syarikat ini dapat memberikan servis sewa kereta kepada para pelanggan di luar sana samada pelancong dari dalam negara mahupun luar negara.

gallery/Kereta Sewa Kota Kinabalu
gallery/Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Serendah RM60 Sehari
gallery/Data Carian Google Search Untuk Kereta Sewa Kota Kinabalu
gallery/Google Ads Untuk Iklan Kereta Sewa Kota Kinabalu
gallery/Impak SEO Keatas Website Kereta Sewa Kota Kinabalu
gallery/kereta sewa kota kinabalu